Membina Rancangan Perniagaan 1

22 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2018 yang lepas, pihak Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas membina rancangan perniagaan yang betul mengikut format kepada para usahawan di Batang Maro. Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pentingnya membina rancangan perniagaan menggunakan format yang betul para usahawan dan para peserta. Perkongsian ini adalah bagi memberi kesedaran kepada mereka mengenai pentingnya rancangan perniaggan untuk mendapat geran dan pinjaman bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Selain itu, mereka juga didedahkan dengan kepentingan rekod perniagaan. Kebanyakan usahawan masa kini lebih berjaya dengan adanya istem rekod perniagaan yang betul di mana mereka mampu bersaing dengan lebih sihat untuk memajukan perniagaan masing masing. Jadi, kelas ini mampu menyedarkan mereka bahawa perniagaan yang dijalankan dengan berpandu rancangan perniagaan dan rekod yang betul mampu membewa mereka pergi lebih jauh.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali